Kata Tanya - Siapa



Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia.

Ayat contoh:

1. Siapakah orang yang mencipta lampu?

2. "Orang yang akan menjadi jurucakap pada majlis perjumpaan itu nantisiapa,cikgu?" tanya Hyeon Bin.

3. "Siapakah nama anda?" tanya Jaclyn

Kata Tanya - Mengapa

Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan.

Ayat contoh:

1."Ibu menangis teresak-esak, mengapa?" tanya Josiah.

2."Mengapakah kamu biarkan sahaja pintu itu terbuka?" tanya bapa kepada anaknya.

3. "Mengapakah kamu datang lewat hari ini?" tanya Cikgu Leong.

Kata Tanya - Bila



Digunakan Untuk menanyakan masa atau waktu

.Ayat contoh:

1. Bilakah jambatan ini siap dibina?

2. "Ayah kamu akan datang ke sini bila?" tanya Cikgu Goh.

3. "Bilakah kamu datang ke rumah saya?" tanya Chong.