Kata Tanya - Siapa



Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia.

Ayat contoh:

1. Siapakah orang yang mencipta lampu?

2. "Orang yang akan menjadi jurucakap pada majlis perjumpaan itu nantisiapa,cikgu?" tanya Hyeon Bin.

3. "Siapakah nama anda?" tanya Jaclyn

Kata Tanya - Mengapa

Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan.

Ayat contoh:

1."Ibu menangis teresak-esak, mengapa?" tanya Josiah.

2."Mengapakah kamu biarkan sahaja pintu itu terbuka?" tanya bapa kepada anaknya.

3. "Mengapakah kamu datang lewat hari ini?" tanya Cikgu Leong.

Kata Tanya - Bila



Digunakan Untuk menanyakan masa atau waktu

.Ayat contoh:

1. Bilakah jambatan ini siap dibina?

2. "Ayah kamu akan datang ke sini bila?" tanya Cikgu Goh.

3. "Bilakah kamu datang ke rumah saya?" tanya Chong.

Kata Tanya - Bagaimana


Digunakan Untuk menanyakan cara dan keadaan.

Ayat contoh:

1. "Bagaimanakah cara untuk membina sebuah sampan?"tanya Abu.

2." Sekiranya dia tidak mahu bertolak ansur dengan kita,bagaimana?" tanya Joshua.

3. "Bagaimanakah kamu pergi ke IPTHO?" tanya Mong Lan.

Kata Tanya - Apa


Digunakan Untuk menanyakan binatang,hal,perkara dan benda abstrak.

Ayat Contoh:

1. "Apakah kegunaan kapak ini,Sharli?" tanya Azmin.

2. "Apakah bakti kamu kepada negara, Isyam?"tanya Pang.

3. "Apakah yang kamu telah makan pada pagi ini?"

Kata Tanya - Pengenalan

Definasi

Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan perihal sesuatu seperti orang,haiwan,benda,masa, tempat, bilangan, hal, atau perkara. Dalam bahasa Malaysia, kata tanya adalah seperti yang berikut.

Fungsi Kata Tanya
Bil.Kata TanyaPenerangan
1apaUntuk menanyakan binatang,hal,perkara dan benda abstrak.
2bagaimanaUntuk menanyakan cara dan keadaan.
3bilaUntuk menanyakan masa atau waktu
4mengapaUntuk menanyakan sebab atau alasan.
5siapaUntuk menanyakan orang atau manusia.

Gua punya blog

Hari ini saya mengadakan kelas tentang cara menggunakan blogspot untuk membina satu blog. Kelas ini sangat menarik, terutamanya saya sangat suka akan ICT.


Terima kasih kepada Encik Mohammad Amin untuk mengajar caranya kepada kita.^^